Peluang Kerjaya
Berminat Menjadi Sebahagian Daripada Kami?
Kami menawarkan peluang kerjaya kepada individu yang berminat untuk berkembang dalam persekitaran kerja yang profesional, dinamik dan berorientasikan pasukan. Sertai kami dan bina masa depan kerjaya yang bermakna bersama organisasi kami. Sebarang pertanyaan berkaitan peluang kerjaya, sila hubungi kami melalui emel atau telefon.
IN SAFF GROUP SDN BHD
Ringkasan JD :
Menguruskan Jabatan Pemasaran
Pengalaman yang diperlukan :
Minima 3 tahun pengalaman dalam pemasaran social media, pemasaran offline dan pembangunan perniagaan
Sebarang spesifikasi/keutamaan :
Berumur 30 Tahun ke atas
Penempatan :
Di Wisma Khaleeda
Deskripsi Tugas (Job Description) :
Pengurus pemasaran mengetuai bahagian pemasaran dan pengiklanan semua Syarikat di bawah In Saff Group dan Menyelia pelbagai inisiatif pemasaran :
1. Menguruskan pasukan pemasaran yang terdiri daripada designer, video editor, photographer dan videographer , live host, social media admin, web admin, social media marketer dan marketing coordinator
2. Memastikan semua kerja ahli pasukan mengikut KPI dan SOP yang telah ditetapkan
3. Memastikan target roadmap tahunan dicapai
4. Bertindak sebagai pemudahcara dan penyelesai masalah antara ahli pasukan dan pelanggan
5. Membangunkan strategi dan rancangan pemasaran termasuk bajet untuk mengiklankan produk sediada dan Baharu.
6. Merancang dan menganjurkan dan menyelaras acara promosi
7. Memimpin dan melatih pasukan
8. Menyemak kempen pemasaran semasa untuk kelemahan dan membangunkan penyelesaian dalam kekangan bajet
9. Menganalisis keberkesanan promosi yang dijalankan di semua saluran pemasaran dan media sosial syarikat
10. Mengenal pasti pasaran baharu yang berpotensi dan cara untuk memasukinya
11 Bekerjasama dengan pasukan pembangunan produk dan pembelian untuk menganggarkan permintaan produk
12. Mencari idea pengiklanan dan pemasaran dengan pengurusan kanan
13. Melakukan tugas-tugas yang diarahakn oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa
Pengalaman yang diperlukan :
Minima 1 tahun pengalaman dalam pengurusan acara sebagia pengurus acara
Sebarang spesifikasi/keutamaan :
berumur 30 tahun dan ke atas
Penempatan :
di Wisma Khaleeda
Jumlah Kekosongan yang ada :
4
Deskripsi Tugas (Job Description) :
Bertanggungjawab merancang, mengurus, dan melaksanakan acara dari konsep hingga selesai, termasuk menetapkan objektif, bajet, promosi, logistik (venue, vendor), jualan, penyeliaan hari acara, dan penilaian pasca-acara, memastikan perjalanan acara lancar dan mencapai matlamat syarikat, sambil mengurus pasukan dan hubungan dengan pihak berkepentingan (stakeholders).
1.     Menjalankan perancangan dan pengurusan jangka pendek dan panjang untuk acara dan jualan.
2.     Membangun dan mengesyorkan bajet, pelan pemasaran dan objektif serta mengurus dalam pelan yang diluluskan tersebut.
3.     Mengekalkan atau melebihi bajet jualan dan keuntungan dalam semua bidang acara.
4.     Mengesyor, membangun dan melaksanakan pelan pemasaran yang berkesan untuk menjana pendapatan acara.
5.     Menyusun tarikan acara yang kreatif dan inovatif berdasarkan keupayaan dalaman atau menyumber luar kepada vendor yang berkelayakan.
6.     Melatih, menyelia dan bekerjasama dengan kakitangan syarikat, untuk mendapatkan dan menempah fungsi jamuan dan katering, serta perancangan, penjualan dan pelaksanaan fungsi.
7.     Memimpin pasukan acara untuk membina hubungan pelanggan berasaskan nilai jangka panjang yang membolehkan pencapaian objektif jualan.
8.     Mentadbir semua fasa jabatan acara, termasuk tetapi tidak terhad kepada jualan, perancangan, pemasaran, servis dan prosedur pentadbiran.
9. Melatih dan menasihati pekerja untuk mencerminkan piawaian dan prosedur perkhidmatan syarikat.
Pengalaman yang diperlukan :
- Pengalaman minima 1 tahun dalam bidang live hosting, content creation atau peranan komunikasi digital.
- Mempunyai pendedahan mengendalikan Live Tiktok / Facebook Live / platform digital lain secara konsisten.
- Berpengalaman berinteraksi dengan audiens secara langsung (Q&A, closing, soft selling)
Sebarang spesifikasi/keutamaan :
- Personaliti yakin, petah bercakap dan tidak kekok di depan kamera.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu (Bahasa Inggeris asas satu kelebihan).
- Kreatif, pantas belajar dan peka dengan trend semasa (terutama Tiktok & media sosial).
- Mampu bekerja dalam team marketing dan ikut content plan yang ditetapkan.
- Berdisiplin, berpenampilan kemas dan profesional (sesuai dengan imej syarikat & patuh syariah).
- Boleh bekerja mengikut jadual live yang fleksibel (termasuk hujung minggu jika perlu).
Penempatan :
Wisma Khaleeda
Jumlah kekosongan yang ada :
1
Deskripsi Tugas (Job Description) :
- Mengendalikan sesi live di platform digital seperti Tiktok Live, Facebook Live atau platform berkaitan untuk tujuan pemasaran, promosi produk/pakej dan engagement audiens
- Bertindak sebagai host utama semasa live dengan penyampaian yang yakin, jelas, mesra dan meyakinkan selaras dengan imej jenama syarikat.
- Merancang dan menyediakan skrip asas, talking points dan flow live termasuk hook pembukaan, storytelling, penjelasan produk dan closing (CTA).
- Menghasilkan kandungan video seperti tiktok, reels, shorts (rakaman live clip, POV, soft-sell content, FAQ, teaser, recap)
- Bekerjasama dengan pasukan marketing untuk memastikan kandungan selari dengan objektif kempen, content calendar dan strategi pemasaran semasa
- Menjawab soalan audiens secara real-time semasa live dengan profesional, sopan & tepat
- Memastikan kandungan yang disampaikan patuh kepada garis panduan platform, polisi syarikat dan sensitiviti jenama
- Peka dengan trend semasa, format live yang berkesan, gaya penyampaian terkini dan isu viral yang relevan dengan audiens sasaran
- Membantu dalam penyediaan idea konten, konsep live, skrip ringkas dan angle penceritaan yang lebih engaging
- Membuat post-live review (ringkas) seperti prestasi live, engagement audiens, isu atau soalan berulang dan cadangan penambahbaikan
- Menyediakan laporan kerja dan prestasi secara mingguan dan bulanan seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
- Melaksanakan apa-apa tugasan yang diberikan oleh pihak pengurusan
Pengalaman yang diperlukan :
Urusan Pentadbiran & Pematuhan Shariah
Sebarang spesifikasi/keutamaan :
Berpengalaman dalam urustadbir shariah organisasi
Jumlah kekosongan yang ada :
1 orang
Penempatan :
HQ, Gong Badak
Deskripsi Tugas (Job Description) :
- Bertanggungjawab menjalankan dan memantau program keagamaan kepada kakitangan; hisnul muslim, tazkirah, kuliah, usrah, sambutan hari kebesaran Islam dan lain-lain yang berkaitan
- Membantu panel Shariah menyemak semua produk, kontrak, perkhidmatan, peraturan, polisi dan pengamalan syarikat agar selari dengan prinsip Shariah
- Membantu Panel Shariah menjalankan audit berkala dan menyediakan laporan kepada Pengurusan Tertinggi dan Lembaga Pengarah
- Menjalankan peranan sebagai ‘kaunselor’ dalam kes tatatertib (kerjasama dengan HR)
- Membantu Panel Shariah menjalankan latihan kepada pekerja tentang prinsip Shariah dan implikasi dalam operasi harian
- Menjadi urusetia Jawatankuasa Halal peringkat syarikat dan menguruskan segala urusan berkaitan pensijilan halal
- Meneroka ruang yang disediakan oleh agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi atau mana-mana badan bertauliah dalam memperolehi akreditasi yang berkaitan dengan Shariah
- Berurusan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti Pejabat Exco Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Pejabat/Lembaga Zakat Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan institusi yang berkaitan Shariah
- Bertanggungjawab melaksanakan tugasan sebagai Imam solat fardu (Zohor, Asar dan Maghrib), serta penyediaan penjadualan tugasan
- Projek Khas : Melaksanakan projek Muassasah Khairiah In Saff Care dan bekerjasama dengan Jabatan Pentadbiran dalam pelaksanaan urusan Corporate Social Responsibility (CSR)
- Tugas-tugas berkaitan yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN BHD
IN SAFF FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Pengalaman yang diperlukan :
Pengalaman dalam pembuatan R&D pastri/seni kulinari/bakeri
Sebarang spesifikasi/keutamaan :
- Kreatif, teliti, berdisiplin dan mampu bekerja secara berpasukan
- Berpengetahuan asas tentang keselamatan makanan, Halal
- Mampu menyediakan dokumentasi laporan dengan baik
Jumlah kekosongan yang ada :
1 orang
Penempatan :
HQ, Gong Badak
Deskripsi Tugas (Job Description) :
1) PEMBANGUNAN PRODUK (R&D)
- membangunkan produk pastri/bakeri baharu mengikut keperluan pasaran dan hala tuju syarikat
- menjalankan percubaan resipi, formulasi, tekstur, rasa dan penampilan produk
- melaksanakan penambahbaikan resipi sedia ada dari segi kualiti, kos dan kestabilan produkÂ
2) STANDARDISASI & DOKUMENTASI
- menyediakan dan mengemaskini spesifikasi produk, resipi dan SOP berkaitan
- menyokong penyediaan dokumentasi R&D bagi tujuan audit MESTI dan Halal
- memastikan semua rekod ujian dan keputusan trial direkod dengan lengkap dan teratur
3) SOKONGAN PENGELUARAN
- bekerjasama dengan jabatan pengeluaran dan QC dalam pelaksanaan produk dari peringkat R&D ke pengeluaran
- memberi panduan teknikal berkaitan proses pembuatan pastri secara konsisten dan berskala
- membantu menyelesaikan isu kualiti produk pastri semasa pengeluaran
4) KUALITI, KESELAMATAN MAKANAN DAN HALAL
- memastikan bahan mentah dan proses pembuatan mematuhi keperluan Halal, MESTI dan GMP
- mengamalkan kebersihan diri, peralatan dan kawasan kerja mengikut SOP yang ditetapkan
- memberi sokongan teknikal berkaitan audit dalaman dan luaran (Halal, MESTI, GMP)
5) INOVASI & PENYELIDIKAN
- mengkaji trend pastri/bakeri semasa dan mencadangkan inovasi produk baharu
- menilai penggunaan bahan alternatif atau teknik baharu yang sesuai untuk pengeluaran komersial
*Melakukan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan/pihak pengurusan dari semasa ke semasa
IN SAFF GRILL RESTAURANT SDN BHD
Pengalaman yang diperlukan :
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam kulinari
Sebarang spesifikasi/keutamaan :
- SPM – 3 tahun
- Diploma (Kulinari)Â
- 2 tahun pengalaman kerja
Jumlah kekosongan yang ada :
1 orang
Penempatan :
In Saff Grill Bukit Jelutong
Deskripsi Tugas (Job Description) :
1. PERSEDIAAN MAKANAN (FOOD PREPARATION)
- Menyediakan bahan asas seperti memotong sayur, menyiang ikan/daging, menyediakan sos dan bahan mentah mengikut arahan Chef De Partie atau Sous Chef
- Membantu dalam “mise en place” sebelum perkhidmatan bermulaÂ
2. MEMASAK ASAS
- Melakukan tugas memasak mudah seperti menggoreng, mengukus dan memanaskan makanan di bawah pengawasan Chef De Partie
- Menyediakan menu sampingan seperti salad, sup atau hidangan pembuka
3. PENYELENGGARAAN KEBERSIHAN
- Memastikan kawasan kerja, peralatan dan ruang dapur sentiasa bersih dan mengikut piawaian keselamatan makanan (food safety & hygiene)
- Mengurus pembersihan akhir selepas waktu operasi dapurÂ
4. PEMATUHAN PROSEDUR DAPUR
- Mengikuti arahan dan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan
- Melaporkan sebarang isu berkaitan dapur atau makanan kepada ketua dapur
5. STOK DAN INVENTORI
- Membantu dalam menyusun dan menyimpan stok bahan mentah serta memantau tarikh luput
- Menyokong inventori dapur dengan memastikan bahan cukup untuk kegunaan harian