Kambing bakar antara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas-panas. Tetapi bagus ke makan daging kambing ini sebenarnya?
Daging kambing bakar
Daging kambing dianggap sebagai daging merah kerana ia mempunyai tahap myoglobin tinggi – protein yang terdapat dalam tisu otot haiwan tertentu seperti lembu, menjadikan daging berwarna merah apabila terdedah kepada oksigen.
Rasa daging kambing pula lebih kuat baunya berbanding ayam atau lembu tetapi masih boleh diterima untuk dimakan, khususnya apabila dibakar atau dipanggang.
Daging kambing biasanya diambil daripada kambing biri-biri muda, kerana daging kambing tua adalah lebih keras dan liat.
Khasiat daging kambing
Dari aspek pemakanan, daging kambing kaya dengan sumber mineral – zat besi, zink, kalsium, selenium, kalium, tembaga dan magnesium serta pelbagai jenis vitamin B.
4 auns daging (113 gram, g) mengandungi hampir 28g protein. Tetapi memenuhi hampir ⅔ keperluan pengambilan lemak tepu harian. Oleh sebab itu, anda perlu bersederhana ketika memakan hidangan daging kambing.
Selain itu, ia turut mengandungi lebih 330 kalori dan lemak tak tepu tunggal.
Kelebihan makan daging kambing
Bagi peminat hidangan kambing sudah tentu anda ingin mengetahui manfaat pengambilan daging ini, kan?
Tanpa zat besi mencukupi, ia akan menjejaskan pengeluaran sel darah merah. Kesannya anda akan berasa lemah, letih dan kesejukan. Keadaan ini juga boleh menjejaskan kesihatan imun dan fungsi kognitif.
Kurangkan berat
Pengambilan daging kambing dikatakan dapat membantu meningkatkan rasa kenyang dan aktiviti metabolik, di samping menyediakan banyak protein.
Kecacatan kelahiran
Kambing kaya dengan sumber asid folik – diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi baru lahir.
Ketumpatan tulang
Daging kambing adalah sumber yang sangat baik bagi banyak mineral, seperti zink, fosforus, dan selenium – semuanya diperlukan untuk ketumpatan mineral tulang.
Sistem imun
Tanpa zink yang mencukupi, sistem imun akan terjejas. Pengambilan 1 hidangan kambing dapat memenuhi 30% keperluan harian anda.
Jisim otot
Padat dengan sumber protein, daging kambing dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan jisim otot, di samping meningkatkan prestasi fizikal dan metabolik. Protein yang mencukupi membantu anda mengekalkan jisim otot tanpa lemak.
Mengambil hidangan kambing bakar bukan sahaja sedap tetapi juga merupakan sumber protein tanpa lemak yang baik!
Kelebihan lain
Kambing yang kaya dengan protein dan vitamin boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid dan menurunkan risiko strok serta penyakit buah pinggang.
Ia juga membantu dalam melegakan simptom autisme dan meningkatkan kesihatan sistem saraf.
Makan kambing bakar berlebihan? Ini kesannya
Terdapat beberapa kesan sampingan makan daging kambing, terutamanya jika mengambilnya secara berlebihan, seperti:
- Tinggi risiko mengalami hipertensi
- Kolesterol tinggi
- Diabetes
- Masalah kardiovaskular
Daging merah ini mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, jadi pengambilan secara sederhana amat digalakkan. Makan terlalu banyak boleh mengakibatkan peningkatan tahap serum kolesterol.
Keadaan tersebut mendedahkan anda kepada risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Jumlah berlebihan turut dapat meningkatkan tahap purin dalam badan – punca pembentukan batu karang.
Sumber: Hello Doktor