Nak buat BBQ di rumah? Nikmati sesi barbeku sendiri di rumah dengan selesa dan selamat dengn ikuti panduan mudah ni untuk membuat persiapan menu barbeku grill:
#1 Potluck agar anda tak rasa terlalu penat dan tak menang tangan
Kalau anda cadang nak jemput ahli keluarga yang tak tinggal serumah, buatlah potluck supaya anda tak rasa terlalu penat bila nak buat persiapan dan tak menang tangan nak layan mulut-mulut yang ada. Minta mereka bawa hidangan seperti pemanis mulut atau pembuka selera.
Untuk ahli keluarga yang tinggal serumah pulak, agihkan tugas mengikut kesesuaian, contohnya tugas mak ialah perap bahan makanan, tugas ayah panggang daging, adik susun sos-sos yang ada, abang basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya.
#2 Letak tong sampah dan tisu berdekatan dengan meja makan
Bila dah kekenyangan macam ular sawa, mesti rasa malas nak kemas-kemas. Kalau tak nak rasa penat, pastikan anda letak tong sampah dan tisu berdekatan dengan meja makan agar para tetamu dengan mudah boleh terus buang sampah dan lap pinggan (atau buang pinggan mangkuk kertas). Dengan ini takdelah sisa-sisa makanan jatuh ke lantai.
#3 Guna cawan kertas pakai buang dan tulis nama para tetamu
Walaupun kita dah diberi kelonggaran dalam pergerakan kita, ia tak bermakna kita dah merdeka dan selamat dari pandemik Covid-19. Jadi untuk keselamatan dan kesihatan semua orang, guna saja cawan kertas pakai buang dan tulis nama para tetamu pada setiap cawan agar tak tertukar atau terminum air orang lain, yang boleh meningkatkan jangkitan.
Bukan itu saja, dengan menulis nama pada cawan, anda tak akan kehilangan cawan dan seterusnya mengambil cawan baru yang hanya menyebabkan pembaziran.
#4 Guna gril elektrik yang lebih mudah dibersihkan berbanding arang
Sesi barbeku menggunakan arang sememangnya lebih cepat masak dan jimat elektrik, namun ia juga menyebabkan pencemaran udara dan mudah kotor sebab bekas-bekas arang yang berterbangan sukar untuk dibersihkan dan mengambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya gril elektrik membolehkan anda menikmati sesi barbeku dalam rumah dengan selesa tanpa mengotorkan ruang.
#5 Jimat masa dengan membeli bahan-bahan barbeku yang dah siap diperap
Anda tentunya sedia maklum yang kebanyakan pasaraya dan kedai runcit tani ada menawarkan bahan-bahan makanan barbeku yang dah siap diperap dalam pelbagai jenis sos, contohnya seperti kepak ayam dalam perapan sos black pepper, daging kambing, dan sebagainya. Jimatkan masa dan tenaga anda dengan membeli bahan-bahan barbeku yang dah siap diperap (lagi lama perap makin sedap tau!). Dengan itu anda boleh uruskan persiapan yang lain.


