In Saff Food

Lamb chop adalah potongan daging kambing yang dibuat dengan memotong pada sudut tegak lurus dengan tulang belakang, menjana hidangan tunggal daging yang secara tradisi dimasak dan dihidangkan dengan tulang.

Lamb chop adalah kambing domestik yang dibawah unur satu tahun. Dagingnya sangat lembut, kerana faktor usia dan ia mempunyai rasa yang khusus yang sangat berbeza dari kambing yang tua. 

Bahagian yang terbaik datangnya dari bahagian pinggang dan tulang rusuk. Bahagian ini lembut dan mudah dimasak. Secara umumnya lamb chop yang berkualiti biasanya mempunyai warna merah muda, dengan serakan lemak yang sekata dan dagingnya halus bertekstur.

Ada beberapa cara dalam menyediakan lamb chop. Ianya boleh dibakar, dipanggang atau dimasak dengan rempah ratus yang berbagai. Lamb chop biasanya cepat masak kerana ia nipis dan jika ia dimasak dengan suhu yang sederhana, ia berair, lembut dan lembap. Lamb chop well-done cenderung untuk menjadi sedikit keringdan ia boleh jadi berserabut. Untuk keputusan yang baik ia haruslah dimasak dengan suhu 63 darah Celcius.

Sapuan kering – menggosoknya dengan herba atau rempah sangat sesuai untuk daging kambing. Jika anda suka untuk memerap daging kambing sebelum memasak, anda harus tahu yang perapan yang berasid akan memecahkan daging kambing dan jika diperap terlalu lama akan menghasilkan daging kambing yang lembik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top