Chicken Chop bukan western food. Sebenarnya chicken chop BUKAN hidangan western food. Chicken Chop adalah masakan ciptaan TEMPATAN tanah melayu (semenanjung,Singapore).
Sejarah Chicken Chop bermula ketika zaman jajahan kolonial di semenanjung. Penjajah membawa masuk pekerja-pekerja dari selatan China. Dipercayai bangsa Hainan membawa sejenis hidangan daging khinzir yang digoreng bersama salutan tepung,akan tetapi daging khinzir agak sukar didapati di semenanjung ketika itu,maka ayam digunakan sebagai pengganti.
Hidangan ini sebenarnya berkuah pekat masam manis. Hidangan ini seterusnya dijual di gerai² makan milik bangsa hainan dan sudah tentu pelanggan mereka ketika itu juga diantaranya terdiri dr pegawai² bangsa inggeris.
Maka nama chicken chop wujud dari situ.
Hidangan ini seterusnya diolah dengan cara hidangan bangsa inggeris iaitu didalam satu pinggan harus mengandungi protin sebagai makanan utama dan di sertakan sayuran dan sumber kanji (nasi digunakan ketika itu) dihidang bersama sos sweet sour berasingan.
Ya chicken chop bukan western food tetapi lebih kepada hidangan fusion dari 3 negara dan dicipta di Tanah Melayu.


