Mengenai kami

In Saff Food Industries Sdn. Bhd.
✅ Ditubuhkan pada 15 Julai 2020.
✅ 100% dimiliki oleh Bumiputera dan diasaskan oleh empat sahabat yang merupakan graduan dari Universiti Umm Al Qura, Makkah.
✅ Pada awalnya, syarikat ini fokus dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji, tetapi beralih ke industri makanan sebagai alternatif semasa pandemik.
✅ Ibu pejabat dan kilang terletak di Gong Badak, Terengganu, dengan kapasiti penuh untuk menghasilkan produk mengikut permintaan pelanggan.
✅ Syarikat mempunyai sijil MeSTI, MADE IN MALAYSIA, dan HALAL.
In Saff Food Industries Sdn. Bhd.
Ditubuhkan pada 15 Julai 2020
100% dimiliki oleh Bumiputera dan diasaskan oleh empat sahabat yang merupakan graduan dari Universiti Umm Al Qura, Makkah.
Pada awalnya, syarikat ini fokus dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji, tetapi beralih ke industri makanan sebagai alternatif semasa pandemik.
Ibu pejabat dan kilang terletak di Gong Badak, Terengganu, dengan kapasiti penuh untuk menghasilkan produk mengikut permintaan pelanggan.
Syarikat mempunyai sijil MeSTI, MADE IN MALAYSIA, dan HALAL.
In Saff Food Pemegang Sijil-Sijil berikut





Asal Usul Jenama Muzdalifah
Pada 17 Mac 2020, In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. terpaksa menghentikan operasi perniagaan pelancongan dan Umrah ke luar negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.
Demi memastikan kelangsungan syarikat, pasukan In Saff mengambil langkah berani untuk menceburi industri pemakanan. Dengan semangat adaptasi yang tinggi, In Saff Food Industries Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Mei 2020, dan produk pertama yang dilancarkan ialah kambing perap sejuk beku (frozen marinated lamb).
Nama Muzdalifah dipilih sebagai jenama kerana ia membawa nilai sentimental yang mendalam kepada pasukan operasi Umrah. Ketika bertugas di Tanah Suci, mereka sering mengadakan sesi memasak dan membakar kambing di Muzdalifah, sebuah lokasi penting dalam manasik Haji. Di luar musim Haji, Muzdalifah menjadi tempat rekreasi dan perkelahan bagi masyarakat Arab pada waktu malam.
Dengan semangat dan kenangan tersebut, Muzdalifah kini menjadi jenama utama produk keluaran In Saff Food Industries Sdn. Bhd., yang menekankan kebersihan, kualiti, dan kehalalan dalam setiap produk yang dihasilkan.